Monday 1 August 2011

bermula lah sebuah drama yg mempunyai 30 episod ~


1 ogos 2011 tarikh yg telah ditetapkan bermulanya bulan puasa. . arini bermulanya kite seluruh umat islam mengerjakan ibadah puasa . . Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan". 
Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini. Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadan.Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad) ~

No comments:

Post a Comment

❤ feel free to be my pleasure follower ❤
❤ jangan le memalu nak komen entry kite ^.^ ❤
❤ tengQ sbab sudi luangkan masa baca entry kite ❤

Note: only a member of this blog may post a comment.